Jacko berhutang atau semakin kaya

LOS ANGELES 27 Jun - Michael Jackson dilaporkan mempunyai hutang berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion), namun kematiannya mungkin menjana pendapatan yang lebih besar kepada penyanyi itu berbanding semasa beliau masih hidup.

Peguam studio rakaman Hit Factory, yang merakamkan album 'Thriller' penyanyi itu, Jerry Reisman berkata, kematian Jackson meninggalkan persoalan tentang empayar kewangannya yang merangkumi muzik, pegangan saham 50 peratus dalam koleksi lagu-lagu kumpulan Beatles serta kutipan hasil lelongan barangan milik peribadinya.

Katanya, rumah agam Jackson di ladang ternak Neverland dianggarkan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion), sementara pegangan saham 50 peratus dalam syarikat Penerbitan Muzik Sony/ATV bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM7 bilion).

* Dipetik dari Mingguan Malaysia 28 Jun 2009


Imam Nawawi di dalam kitabnya Minhajul Al Talibin, meringkaskan hak-hak yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka seperti berikut:

"Belanja pengkebumian adalah tanggungan pertama daripada jumlah harta pusaka si mati, kemudian hutang piutangnya hendaklah dibayar, kemudian pemberian wasiat yang diwasiatkan olehnya hendaklah diselesaikan, akan tetapi hanya setakat satu per tiga dari harta pusaka selepas menolak hutang piutang. Yang tinggal dua pertiga adalah hak ahli waris".

Kenyataan di atas membuktikan tentang kepentingan melunaskan hutang-piutang si mati sebelum harta pusakanya dibahagikan.

Di zaman serba moden ini, ramai di antara kita yang tidak dapat lari daripada berhutang. Hutang membeli rumah, membeli kereta, membeli perabut, membeli barang elektrik, dan sebagainya. Begitu juga dengan pinjaman pelajaran, serta kad kredit.

Persoalannya, sekiranya anda meninggal dunia, apakah yang akan anda tinggalkan untuk waris-waris anda? Harta atau hutang?

Antara cara yang termudah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menyertai skim takaful ketika kita masih lagi bernyawa.

Mari kita cuba pengiraan mudah ini:

- Anda mempunyai hutang terkumpul RM40,000.
- Anda menyertai skim takaful dengan nilai pampasan kematian berjumlah RM100,000.

Sekiranya anda meninggal dunia, waris-waris anda akan mempunyai tambahan RM60,000 untuk dibahagi-bahagikan tanpa menjejaskan nilai harta pusaka sedia ada! Mudah dan menarik kan?


Maut dilanggar tayar treler tercabut


NILAI: Seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas dilanggar tayar yang tercabut dari sebuah treler di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Nilai dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian itu berlaku jam 6.20 petang ketika Ubaidullah Mohd Basri, 21, baru menghidupkan enjin motosikalnya untuk pulang ke kampung di Felda Jelai 1, Gemas, selepas selesai membaiki kereta kakaknya.

Jurucakap polis berkata, kereta dinaiki kakak mangsa yang juga dalam perjalanan pulang ke kampung, rosak ketika tiba di lokasi kejadian menyebabkan Ubaidullah yang menunggang motosikal di belakang kakaknya berhenti untuk membantu.

"Selepas membaiki kerosakan itu, mangsa menghidupkan enjin motosikalnya untuk meneruskan perjalanan apabila tayar daripada treler yang membawa muatan simen di laluan sama tercabut lalu melantun dan melanggarnya menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan patah leher," katanya.

Beliau berkata, tayar itu kemudian melantun ke tengah lebuh raya sebelum masuk ke dalam longkang, manakala pemandu treler tidak cedera dan sudah memberikan keterangan kepada polis.

* Dipetik dari Berita Minggu 28 Jun 2009


Tahukah anda bila kemalangan akan berlaku? Bolehkah anda mengagak bagaimana kemalangan akan berlaku? Bersediakah anda untuk menghadapi kemalangan yang mungkin boleh berlaku di mana-mana sahaja?

Itulah persoalannya... Sebagai seorang manusia, apa yang akan berlaku di masa akan datang adalah sesuatu yang tidak pasti. Namun kita boleh sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan setiap kemungkinan yang akan berlaku.

Risiko ada di mana-mana. Kita mungkin tidak boleh menolak risiko, tetapi kita boleh berusaha untuk mengurangkan risiko!

Kemalangan boleh mengakibatkan kecederaan. Kemalangan boleh mengakibatkan keilatan. Kemalangan juga boleh mengakibatkan kematian! Cara terbaik untuk menyediakan 'kusyen' jika kita ditimpa kemalangan ialah dengan menyertai skim takaful. Dengan caruman serendah RM0.33 sehari, anda boleh menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri.

Mungkin kesakitan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Mungkin anggota badan yang rosak tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Mungkin juga nyawa yang hilang tidak boleh dibawa kembali dengan wang ringgit.

Tetapi sekurang-kurangnya masih ada sinar harapan untuk anda terus hidup. Dan tidak mustahil sinar harapan itu bukan untuk anda, tetapi untuk insan-insan yang anda sayangi!


Motivation 002


Dr Enzio's Economic Clock


Gambarajah di atas ialah Economic Clock versi Dr Enzio von Pfeil. Untuk sesiapa yang telah biasa dengan economic clock, gambarajah versi Dr Enzio ini lebih menarik dan mudah difahami.

Motivation 001



Gambarajah di atas adalah contoh pembahagian harta pusaka mengikut faraid yang ditinggalkan oleh seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri, bapa, ibu, seorang nak lelaki dan seorang anak perempuan.

Andaikan lelaki tersebut ialah anda. Berapa banyakkah harta yang akan anda tinggalkan? Adakah ianya mencukupi?

Mari kita membuat sedikit pengiraan mudah:

  • Nilai harta alih anda : RM100,000
  • Jumlah hutang anda: RM20,000
  • Baki harta yang anda tinggalkan : RM80,000

Sekiranya anda meninggal dunia, isteri anda hanya akan mendapat 1/8 daripada harta yang anda tinggalkan. Maksudnya beliau akan hanya mendapat RM10,000. Persoalannya:

  • Adakah ianya mencukupi?
  • Bagaimana sekiranya isteri anda tidak bekerja atau hanya berpendapatan kecil?
  • Bagaimana pula sekiranya anak-anak anda masih kecil?

Antara cara yang paling mudah untuk menambah nilai harta pusaka ialah dengan menyertai skim takaful. Cuba fikirkan, adakah waris-waris anda akan masih lagi mengalami masalah kewangan sekiranya anda menyertai skim takaful kemalangan diri bernilai RM1,000,000?

Harta
Harta ialah segala apa yang kita miliki termasuk segala kepentingan yang berkaitan dengannya semasa kita masih hidup, seperti:
- Rumah, tanah
- Wang, pelaburan
- Perniagaan, saham syarikat
- Royalti, pampasan
- Dividen, emas dll
Semasa hidup, kita mempunyai kuasa pemilikan penuh terhadap harta yang kita miliki. Ianya termasuklah kuasa untuk menambah, mengurang, menyimpan, memberi atau membelanjakannya.

Harta Pusaka

Harta pusaka pula ialah semua harta yang ditinggalkan selepas kita meninggal dunia, sama ada harta alih atau harta tidak alih atau apa-apa hak dan kepentingan yang berkaitan dengannya. Kuasa pemilikan secara automatik bertukar tangan hanya kepada waris-waris yang berhak sahaja. Sebagai umat Islam, kaedah pembahagian harta pusaka adalah secara faraid.

Economic Clock

Gambarajah di atas ialah Economic Clock yang biasa digunakan oleh para pelabur untuk meramal keadaan ekonomi semasa. Ianya menjadi panduan untuk para pelabur membeli saham dengan harga yang rendah dan menjual saham dengan harga yang tinggi.

Saya pasti ada ramai di antara kita yang mempunyai simpanan di KWSP. Selain untuk simpanan persaraan, tahukah anda wang yang anda simpan itu juga boleh menjana pendapatan sampingan untuk setiap 3 bulan?

Ini adalah kerana, bermula bulan Februari 2008, sudah semakin ramai rakyat Malaysia yang boleh mengeluarkan sebahagian wang simpanan mereka di KWSP untuk dilaburkan ke akaun Unit Amanah (Unit Trust). Anda mungkin salah seorang yang layak! Begitu juga pasangan anda, ibu bapa anda, adik beradik anda, saudara mara anda, sahabat handai anda, jiran jiran anda dan mungkin juga rakan sekerja anda! Jika anda kira, berapa ramaikah agaknya orang-orang disekeliling anda yang layak untuk melabur di akaun unit amanah dengan mengeluarkan sebahagian daripada wang simpanan mereka di KWSP?

Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan menyertai mana-mana Unit Trust Management Company (UMTC) dan mengambil peperiksaan Computerised Unit Trust Examination (CUTE) dengan bermodalkan RM200.

Sebagai permulaan, anda mungkin hanya melaburkan wang simpanan KWSP anda dan pasangan anda sahaja. Dan mungkin juga anda hanya menjana pendapatan RM200 untuk setiap 3 bulan.

Tapi anda harus ingat, dengan unit amanah, pendapatan anda adalah tidak terbatas! Dengan melaburkan wang simpanan ibu bapa, adik beradik, saudara mara, sahabat handai, jiran-jiran dan rakan sekerja anda sahaja, anda mungkin dapat menjana pendapatan bulanan yang melebihi pendapatan anda sekarang. Tidak mustahil juga anda tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kerjaya anda sekarang untuk menjadi Perunding Unit Amanah SEPENUH MASA!

Berikut adalah beberapa fakta dari Majlis Kanser Nasional:

1) 1 daripada 4 rakyat Malaysia didiagnos mengidap kanser setiap tahun.
2) Purata kos rawatan untuk seorang pesakit kanser ialah RM50,000.
3) 3 daripada 4 orang pesakit kanser menghadapi masalah kewangan.
4) Ramai pesakit kanser meninggal dunia tanpa rawatan kerana tidak berkemampuan.

Fakta-fakta di atas hanyalah untuk penyakit kanser. Anda mungkin lebih berasa NGERI jika anda membaca fakta-fakta mengenai penyakit strok, sakit jantung, kegagalan buah pinggan dan sebagainya.

Jadi, SUDAHKAH ANDA BERSEDIA? Sementara anda masih lagi sihat dah berkemampuan, sertailah skim takaful kerana mungkin itulah satu-satunya cara untuk anda menjana sumber kewangan segera ketika anda ditimpa musibah.

Saya pasti ramai orang pernah mendengar perkataan INFLASI. Tapi tahukah anda tentang impak inflasi terhadap susut nilai wang yang kita miliki? Contoh yang paling mudah ialah dengan memikirkan apakah nilai RM10 ketika 20 tahun yang lalu, sekarang dan di masa akan datang?

20 tahun yang lalu, RM10 mungkin sudah mencukupi untuk anda bersarapan pagi dan makan tengah hari. Tetapi sekarang, RM10 mungkin hanya cukup untuk anda makan tengah hari sahaja! Bagaimana pula dengan nilai RM10 di masa akan datang?

Dengan menggunakan kaedah Rule of 72, kita juga boleh membuat anggaran nilai wang kita di masa akan datang. Dengan menggunakan kaedah ini, kita dapat menganggarkan jumlah tahun yang diperlukan untuk wang yang kita miliki menyusut nilainya menjadi separuh.

Contohnya, sekiranya purata peratusan inflasi ialah 4% setahun, bahagikan 72 dengan 4, maka jawapannya ialah 18. Ini bererti, sekiranya sekarang kita memiliki RM50,000 , 18 tahun daripada sekarang nilai RM50,000 tersebut akan sama dengan nilai RM25,000 sekarang!

Salah satu kaedah untuk mengatasi masalah susut nilai wang akibat inflasi ialah dengan melaburkan wang kita, dan memastikan purata peratusan keuntungan pelaburan tersebut melebihi purata peratusan inflasi.

Rule of 72

Di dalam sistem kewangan, Rule of 72 adalah satu kaedah atau formula yang digunakan untuk mengira anggaran masa yang diperlukan untuk menggandakan wang pelaburan. Sebagai contohnya, berapa tahunkah yang diperlukan untuk kita menjadikan wang pelaburan sebanyak RM1000 menjadi RM2000 sekiranya kita membuat pelaburan ASB.

Walaupun penggunaan kalkulator saintifik lebih sesuai untuk membuat pengiraan kerana ianya lebih tepat, namun penggunaan kaedah Rule of 72 ini lebih mudah dan sesuai untuk digunakan ketika berurusan tanpa kehadiran sebuah kalkulator saintifik.

Untuk mengetahui anggaran masa yang diperlukan bagi menggandakan wang pelaburan dengan menggunakan kaedah ini, nombor 72 perlu dibahagikan dengan purata peratus pulangan tahunan pelaburan tersebut.

Contohnya, sekiranya purata peratus pulangan tahunan ialah 8%, maka 72 dibahagikan dengan 8 akan mendapat jawapan 9. Ini bererti, sekiranya kita melaburkan wang kita sebanyak RM2500, dengan membiarkan wang pelaburan tersebut tanpa berbuat apa-apa, ianya akan menjadi RM5000 dalam masa 9 tahun!



Keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam tahun 1973. Dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke 96 yang di adakan pada 20hb September 1973, Jawatankuasa ini telah memberi pendapat dan dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja:

“Penama-penama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Wang Simpanan Pejabat Pos, Bank, Insuran dan Syarikat Kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau WASI. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak menurut pembahagian Faraidh”.

Sumber: Kenapa Mesti Merancang Pusaka oleh Ustaz Md Ghazali Ibrahim (ms 43)


Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah membuat keputusan pada 4 April 2000:

1. Insuran Am yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insuran di Negara ini harus dibeli oleh orang Islam dan wang hasil insuran itu boleh dijadikan harta pusaka sekiranya yang empunya insuran itu mati.

2. Insuran Nyawa adalah HARAM hukumnya kerana muamalahnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu mengandungi gharar, unsur judi dan juga riba’. Oleh itu, wang dari insuran nyawa tidak boleh dijadikan harta pusaka.

3. Wang yang diterima hasil dari insuran nyawa hendaklah diserahkan kepada Baitul Mal.

Sumber: Kenapa Mesti Merancang Pusaka oleh Ustaz Md Ghazali Ibrahim (ms 285)

Surah Al-Baqarah

[275
]
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

[276
]
Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

[278
]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.

[279
]
Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.


Surah A-li ‘Imraan

[130
]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya.


Surah Ar-Ruum

[39
]
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.


Surah An-Nisaa’


[161
]
Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

sumber: http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Pengikut:

 

Islamic Wealth Planning | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates