Jacko berhutang atau semakin kaya

LOS ANGELES 27 Jun - Michael Jackson dilaporkan mempunyai hutang berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion), namun kematiannya mungkin menjana pendapatan yang lebih besar kepada penyanyi itu berbanding semasa beliau masih hidup.

Peguam studio rakaman Hit Factory, yang merakamkan album 'Thriller' penyanyi itu, Jerry Reisman berkata, kematian Jackson meninggalkan persoalan tentang empayar kewangannya yang merangkumi muzik, pegangan saham 50 peratus dalam koleksi lagu-lagu kumpulan Beatles serta kutipan hasil lelongan barangan milik peribadinya.

Katanya, rumah agam Jackson di ladang ternak Neverland dianggarkan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion), sementara pegangan saham 50 peratus dalam syarikat Penerbitan Muzik Sony/ATV bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM7 bilion).

* Dipetik dari Mingguan Malaysia 28 Jun 2009


Imam Nawawi di dalam kitabnya Minhajul Al Talibin, meringkaskan hak-hak yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka seperti berikut:

"Belanja pengkebumian adalah tanggungan pertama daripada jumlah harta pusaka si mati, kemudian hutang piutangnya hendaklah dibayar, kemudian pemberian wasiat yang diwasiatkan olehnya hendaklah diselesaikan, akan tetapi hanya setakat satu per tiga dari harta pusaka selepas menolak hutang piutang. Yang tinggal dua pertiga adalah hak ahli waris".

Kenyataan di atas membuktikan tentang kepentingan melunaskan hutang-piutang si mati sebelum harta pusakanya dibahagikan.

Di zaman serba moden ini, ramai di antara kita yang tidak dapat lari daripada berhutang. Hutang membeli rumah, membeli kereta, membeli perabut, membeli barang elektrik, dan sebagainya. Begitu juga dengan pinjaman pelajaran, serta kad kredit.

Persoalannya, sekiranya anda meninggal dunia, apakah yang akan anda tinggalkan untuk waris-waris anda? Harta atau hutang?

Antara cara yang termudah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menyertai skim takaful ketika kita masih lagi bernyawa.

Mari kita cuba pengiraan mudah ini:

- Anda mempunyai hutang terkumpul RM40,000.
- Anda menyertai skim takaful dengan nilai pampasan kematian berjumlah RM100,000.

Sekiranya anda meninggal dunia, waris-waris anda akan mempunyai tambahan RM60,000 untuk dibahagi-bahagikan tanpa menjejaskan nilai harta pusaka sedia ada! Mudah dan menarik kan?


Maut dilanggar tayar treler tercabut


NILAI: Seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas dilanggar tayar yang tercabut dari sebuah treler di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Nilai dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian itu berlaku jam 6.20 petang ketika Ubaidullah Mohd Basri, 21, baru menghidupkan enjin motosikalnya untuk pulang ke kampung di Felda Jelai 1, Gemas, selepas selesai membaiki kereta kakaknya.

Jurucakap polis berkata, kereta dinaiki kakak mangsa yang juga dalam perjalanan pulang ke kampung, rosak ketika tiba di lokasi kejadian menyebabkan Ubaidullah yang menunggang motosikal di belakang kakaknya berhenti untuk membantu.

"Selepas membaiki kerosakan itu, mangsa menghidupkan enjin motosikalnya untuk meneruskan perjalanan apabila tayar daripada treler yang membawa muatan simen di laluan sama tercabut lalu melantun dan melanggarnya menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan patah leher," katanya.

Beliau berkata, tayar itu kemudian melantun ke tengah lebuh raya sebelum masuk ke dalam longkang, manakala pemandu treler tidak cedera dan sudah memberikan keterangan kepada polis.

* Dipetik dari Berita Minggu 28 Jun 2009


Tahukah anda bila kemalangan akan berlaku? Bolehkah anda mengagak bagaimana kemalangan akan berlaku? Bersediakah anda untuk menghadapi kemalangan yang mungkin boleh berlaku di mana-mana sahaja?

Itulah persoalannya... Sebagai seorang manusia, apa yang akan berlaku di masa akan datang adalah sesuatu yang tidak pasti. Namun kita boleh sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan setiap kemungkinan yang akan berlaku.

Risiko ada di mana-mana. Kita mungkin tidak boleh menolak risiko, tetapi kita boleh berusaha untuk mengurangkan risiko!

Kemalangan boleh mengakibatkan kecederaan. Kemalangan boleh mengakibatkan keilatan. Kemalangan juga boleh mengakibatkan kematian! Cara terbaik untuk menyediakan 'kusyen' jika kita ditimpa kemalangan ialah dengan menyertai skim takaful. Dengan caruman serendah RM0.33 sehari, anda boleh menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri.

Mungkin kesakitan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Mungkin anggota badan yang rosak tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Mungkin juga nyawa yang hilang tidak boleh dibawa kembali dengan wang ringgit.

Tetapi sekurang-kurangnya masih ada sinar harapan untuk anda terus hidup. Dan tidak mustahil sinar harapan itu bukan untuk anda, tetapi untuk insan-insan yang anda sayangi!


Motivation 002


Dr Enzio's Economic Clock


Gambarajah di atas ialah Economic Clock versi Dr Enzio von Pfeil. Untuk sesiapa yang telah biasa dengan economic clock, gambarajah versi Dr Enzio ini lebih menarik dan mudah difahami.

Motivation 001



Gambarajah di atas adalah contoh pembahagian harta pusaka mengikut faraid yang ditinggalkan oleh seorang lelaki yang mempunyai seorang isteri, bapa, ibu, seorang nak lelaki dan seorang anak perempuan.

Andaikan lelaki tersebut ialah anda. Berapa banyakkah harta yang akan anda tinggalkan? Adakah ianya mencukupi?

Mari kita membuat sedikit pengiraan mudah:

  • Nilai harta alih anda : RM100,000
  • Jumlah hutang anda: RM20,000
  • Baki harta yang anda tinggalkan : RM80,000

Sekiranya anda meninggal dunia, isteri anda hanya akan mendapat 1/8 daripada harta yang anda tinggalkan. Maksudnya beliau akan hanya mendapat RM10,000. Persoalannya:

  • Adakah ianya mencukupi?
  • Bagaimana sekiranya isteri anda tidak bekerja atau hanya berpendapatan kecil?
  • Bagaimana pula sekiranya anak-anak anda masih kecil?

Antara cara yang paling mudah untuk menambah nilai harta pusaka ialah dengan menyertai skim takaful. Cuba fikirkan, adakah waris-waris anda akan masih lagi mengalami masalah kewangan sekiranya anda menyertai skim takaful kemalangan diri bernilai RM1,000,000?

Harta
Harta ialah segala apa yang kita miliki termasuk segala kepentingan yang berkaitan dengannya semasa kita masih hidup, seperti:
- Rumah, tanah
- Wang, pelaburan
- Perniagaan, saham syarikat
- Royalti, pampasan
- Dividen, emas dll
Semasa hidup, kita mempunyai kuasa pemilikan penuh terhadap harta yang kita miliki. Ianya termasuklah kuasa untuk menambah, mengurang, menyimpan, memberi atau membelanjakannya.

Harta Pusaka

Harta pusaka pula ialah semua harta yang ditinggalkan selepas kita meninggal dunia, sama ada harta alih atau harta tidak alih atau apa-apa hak dan kepentingan yang berkaitan dengannya. Kuasa pemilikan secara automatik bertukar tangan hanya kepada waris-waris yang berhak sahaja. Sebagai umat Islam, kaedah pembahagian harta pusaka adalah secara faraid.

Pengikut:

 

Islamic Wealth Planning | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates