Jacko berhutang atau semakin kaya

LOS ANGELES 27 Jun - Michael Jackson dilaporkan mempunyai hutang berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion), namun kematiannya mungkin menjana pendapatan yang lebih besar kepada penyanyi itu berbanding semasa beliau masih hidup.

Peguam studio rakaman Hit Factory, yang merakamkan album 'Thriller' penyanyi itu, Jerry Reisman berkata, kematian Jackson meninggalkan persoalan tentang empayar kewangannya yang merangkumi muzik, pegangan saham 50 peratus dalam koleksi lagu-lagu kumpulan Beatles serta kutipan hasil lelongan barangan milik peribadinya.

Katanya, rumah agam Jackson di ladang ternak Neverland dianggarkan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion), sementara pegangan saham 50 peratus dalam syarikat Penerbitan Muzik Sony/ATV bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM7 bilion).

* Dipetik dari Mingguan Malaysia 28 Jun 2009


Imam Nawawi di dalam kitabnya Minhajul Al Talibin, meringkaskan hak-hak yang perlu ditunaikan sebelum pembahagian harta pusaka seperti berikut:

"Belanja pengkebumian adalah tanggungan pertama daripada jumlah harta pusaka si mati, kemudian hutang piutangnya hendaklah dibayar, kemudian pemberian wasiat yang diwasiatkan olehnya hendaklah diselesaikan, akan tetapi hanya setakat satu per tiga dari harta pusaka selepas menolak hutang piutang. Yang tinggal dua pertiga adalah hak ahli waris".

Kenyataan di atas membuktikan tentang kepentingan melunaskan hutang-piutang si mati sebelum harta pusakanya dibahagikan.

Di zaman serba moden ini, ramai di antara kita yang tidak dapat lari daripada berhutang. Hutang membeli rumah, membeli kereta, membeli perabut, membeli barang elektrik, dan sebagainya. Begitu juga dengan pinjaman pelajaran, serta kad kredit.

Persoalannya, sekiranya anda meninggal dunia, apakah yang akan anda tinggalkan untuk waris-waris anda? Harta atau hutang?

Antara cara yang termudah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menyertai skim takaful ketika kita masih lagi bernyawa.

Mari kita cuba pengiraan mudah ini:

- Anda mempunyai hutang terkumpul RM40,000.
- Anda menyertai skim takaful dengan nilai pampasan kematian berjumlah RM100,000.

Sekiranya anda meninggal dunia, waris-waris anda akan mempunyai tambahan RM60,000 untuk dibahagi-bahagikan tanpa menjejaskan nilai harta pusaka sedia ada! Mudah dan menarik kan?

0 comments:

Pengikut:

 

Islamic Wealth Planning | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates