Kemalangan Berlaku Di Mana-Mana


Maut dilanggar tayar treler tercabut


NILAI: Seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut selepas dilanggar tayar yang tercabut dari sebuah treler di Kilometer 285.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Nilai dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian itu berlaku jam 6.20 petang ketika Ubaidullah Mohd Basri, 21, baru menghidupkan enjin motosikalnya untuk pulang ke kampung di Felda Jelai 1, Gemas, selepas selesai membaiki kereta kakaknya.

Jurucakap polis berkata, kereta dinaiki kakak mangsa yang juga dalam perjalanan pulang ke kampung, rosak ketika tiba di lokasi kejadian menyebabkan Ubaidullah yang menunggang motosikal di belakang kakaknya berhenti untuk membantu.

"Selepas membaiki kerosakan itu, mangsa menghidupkan enjin motosikalnya untuk meneruskan perjalanan apabila tayar daripada treler yang membawa muatan simen di laluan sama tercabut lalu melantun dan melanggarnya menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan dan patah leher," katanya.

Beliau berkata, tayar itu kemudian melantun ke tengah lebuh raya sebelum masuk ke dalam longkang, manakala pemandu treler tidak cedera dan sudah memberikan keterangan kepada polis.

* Dipetik dari Berita Minggu 28 Jun 2009


Tahukah anda bila kemalangan akan berlaku? Bolehkah anda mengagak bagaimana kemalangan akan berlaku? Bersediakah anda untuk menghadapi kemalangan yang mungkin boleh berlaku di mana-mana sahaja?

Itulah persoalannya... Sebagai seorang manusia, apa yang akan berlaku di masa akan datang adalah sesuatu yang tidak pasti. Namun kita boleh sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan setiap kemungkinan yang akan berlaku.

Risiko ada di mana-mana. Kita mungkin tidak boleh menolak risiko, tetapi kita boleh berusaha untuk mengurangkan risiko!

Kemalangan boleh mengakibatkan kecederaan. Kemalangan boleh mengakibatkan keilatan. Kemalangan juga boleh mengakibatkan kematian! Cara terbaik untuk menyediakan 'kusyen' jika kita ditimpa kemalangan ialah dengan menyertai skim takaful. Dengan caruman serendah RM0.33 sehari, anda boleh menyertai Skim Takaful Kemalangan Diri.

Mungkin kesakitan tidak boleh dibayar dengan wang ringgit. Mungkin anggota badan yang rosak tidak boleh diganti dengan wang ringgit. Mungkin juga nyawa yang hilang tidak boleh dibawa kembali dengan wang ringgit.

Tetapi sekurang-kurangnya masih ada sinar harapan untuk anda terus hidup. Dan tidak mustahil sinar harapan itu bukan untuk anda, tetapi untuk insan-insan yang anda sayangi!


0 comments:

Pengikut:

 

Islamic Wealth Planning | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates