Mengapa Berlengah Lagi?



Beli saham ketika harga murah


JOHOR BAHRU - Orang ramai sepatutnya mengambil peluang dengan membeli saham-saham berharga murah di pasaran saham tempatan pada masa sekarang sebagai usaha mengaut keuntungan apabila pasaran kembali naik seiring dengan pemulihan ekonomi negara yang dijangkakan berlaku pada akhir tahun ini.

Timbalan Presiden Persatuan Perunding Unit Amanah Bumiputera Malaysia, Norizam Tukiman berkata, selain membeli saham, produk saham amanah juga boleh dijadikan pilihan kerana ia memiliki risiko yang rendah.

"Pelabur perlu bertindak segera kerana pasaran saham akan pulih tidak lama lagi dan ini dibuktikan oleh kajian yang dilaksanakan oleh pakar-pakar ekonomi terhadap keadaan ekonomi negara.

"Ekonomi negara Asia seperti China juga akan pulih lebih awal berbanding Eropah," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.

* Dipetik dari Kosmo! 20 Julai 2009

Fatwa 02

Fatwa: Kajian Hukum Insurans Am
Kategori: Ekonomi

Daripada gambarajah di atas, telah dinyatakan bahawa:

KEPUTUSAN

Hukum ke atas insurans am adalah tidak diharuskan di dalam Islam.

Oleh: Muzakarah kali ke 80
Tarikh Keputusan: 1 Februari 2008

* Fatwa sebelum ini yang menyatakan insurans am adalah harus, sepatutnya terbatal kerana berdasarkan tarikh keputusan dibuat, fatwa ini adalah yang terbaru.

sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/

Fatwa 01

Fatwa: Insurans
Kategori: Ekonomi

Daripada gambarajah di atas, telah dinyatakan bahawa:


KEPUTUSAN 1

Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus.

Oleh: Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16
Tarikh Keputusan: 1 Oktober 1970



KEPUTUSAN 2

Insurans nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana akadnya yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

  • Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
  • Mengandungi unsur judi
  • Mengandungi muamalah riba'

Oleh: Persidangan ke 16
Tarikh Keputusan: 15 Februari 1979

sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/




Abang maut ditetak adik gaduh rebut harta pusaka

PONTIAN: Akibat berebut harta pusaka, seorang lelaki maut ditetak saudara kandungnya dengan parang dalam kejadian di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nanas, di sini, semalam.

Mangsa yang juga peniaga buah-buahan, Tahir Zainal, 41, mati dalam perjalanan ke Hospital Pontian (HP), di sini, selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kiri badan dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Muzammil Hashim, berkata anggota Balai Polis Pekan Nenas yang menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.50 petang, menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah di luar rumah berkenaan.

Beliau berkata, berikutan itu, pihaknya membawa mangsa ke HP untuk rawatan kecemasan sebelum menahan suspek, adik mangsa yang berusia 36 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang juga menetap di kampung itu pergi ke rumah pusaka arwah ibunya, kira-kira 50 meter dari rumahnya, bersama isteri bagi menyelesaikan isu harta pusaka dengan abangnya.

“Mangsa dikatakan berang apabila mendapati rumah berkenaan berkunci sebelum membuka bonet kereta dan mengambil sebatang kuku kambing dan cuba memecah pintu rumah.

“Perbuatan Tahir cuba dilarang suspek, abangnya serta isteri mereka yang berada di tempat kejadian, namun mangsa enggan dan bertindak memaki hamun serta mencabar mereka,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Muzammil berkata, mangsa bagaimanapun gagal membuka pintu menyebabkan beliau bertindak mengambil kapak dan cuba memecahkan pintu sambil memarahi suspek serta abangnya.

Beliau berkata, tindakan mangsa menyebabkan suspek bertindak ke rumah abangnya, kira-kira 20 meter dari tempat kejadian dan mengambil sebilah parang serta sebatang tanjak kelapa sawit.

“Suspek kemudian pergi ke arah Tahir yang ketika itu ke bahagian tepi rumah untuk memecahkan pintu belakang. Apabila suspek menghampiri mangsa, mangsa bertindak menyerang adiknnya dengan kuku kambing menyebabkan suspek menghayun parang dan menetak mangsa,” katanya.

Difahamkan, suspek yang menyesal dengan kejadian itu memangku badan mangsa dan menangis sebelum abang mangsa menghubungi ambulans dan polis.

Muzammil berkata, pihaknya kini menahan reman suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

* Dipetik dari Berita Harian 2 Jun 2009

Motivation 004




Mohon hak jaga 2 cucu

SHAH ALAM: Ibu bapa kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, semalam memfailkan permohonan bagi mendapatkan hak penjagaan dua cucu daripada bekas menantu, selepas kematian anak mereka, Sheikh Mustaffa Shukor Al-Masrie Sheikh Mustapha.

Pada 23 Disember tahun lalu, bapa Sheikh Muszaphar, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor, 74, dan ibunya, Datin Zuraida Sheikh Ahmad, 64, selaku plaintif memfailkan permohonan hak penjagaan dua cucunya terhadap Haryati Mohd Redza, 31, dan besannya, Kamar Aziah Abdullah, 61.

Permohonan dibuat selepas adik angkasawan itu, Sheikh Mustaffa Shukor Al-Masrie meninggal dunia pada 27 Oktober 2007.

Allahyarham mempunyai dua cahaya mata iaitu Sheikh Aiman Shukor Al-Masrie, 4, dan Siti Balkish Aisha Al-Masrie, 2.

Sheikh Mustapha Al Masrie yang bekerja sebagai jurutera awam meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas koma seminggu akibat kecederaan di kepala kerana terhantuk pada tiang di sebuah restoran di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.


Dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii menetapkan 12 Ogos depan untuk sebutan semula.

Ia berikutan, peguam syarie, Zulkarnain Lukman yang mewakili ibu bapa angkasawan itu memaklumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan secara persetujuan bersama dengan Haryati.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Zulkarnain memberitahu anak guamnya memfailkan permohonan berkenaan mengikut Seksyen 87 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 kerana kanak-kanak itu rapat dengan plaintif yang tinggal bersama mereka sejak kecil.

Menurutnya, dalam pembelaan Haryati menyatakan hak penjagaan kanak-kanak itu harus diberikan kepadanya memandangkan dia ibu kandung mereka.

Sementara itu, peguam Suraiti Abd Ghani yang mewakili Haryati dan Kamar Aziah memberitahu anak guamnya turut menuntut nafkah daripada plaintif di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dan akan disebut pada 7 Julai ini.

* Dipetik dari Harian Metro 30 Jun 2009

Motivation 003


Pengikut:

 

Islamic Wealth Planning | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates