Kematian Satu Kepastian!


Kematian adalah satu kepastian. Satu fakta yang tidak boleh kita sangkal lagi. Sebagai umat Islam, juga tahu yang ajal dan maut adalah di tangan Tuhan. Adalah sesuatu yang mustahil untuk kita meneka bila, di mana dan bagaimana kita akan menghembuskan nafas yang terakhir.

Semasa kita masih lagi bernafas, MERANCANG adalah salah satu perkara yang boleh kita lakukan. BUKAN merancang tentang bila, di mana dan bagaimana kita akan kembali kepadaNya. TETAPI merancang tentang apa yang akan dialami oleh insan-insan yang kita sayangi.

Skim Perlindungan Takaful adalah satu keperluan untuk memastikan sekurang-kurangnya insan-insan yang kita sayangi mampu meneruskan kehidupan mereka. Perancangan Harta Pusaka pula sekurang-kurangnya akan memudahkan mereka memanfaatkan harta pusaka yang kita tinggalkan.

0 comments:

Pengikut:

 

Islamic Wealth Planning | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates