Di dalam sistem kewangan, Rule of 72 adalah satu kaedah atau formula yang digunakan untuk mengira anggaran masa yang diperlukan untuk menggandakan wang pelaburan. Sebagai contohnya, berapa tahunkah yang diperlukan untuk kita menjadikan wang pelaburan sebanyak RM1000 menjadi RM2000 sekiranya kita membuat pelaburan ASB.
Walaupun penggunaan kalkulator saintifik lebih sesuai untuk membuat pengiraan kerana ianya lebih tepat, namun penggunaan kaedah Rule of 72 ini lebih mudah dan sesuai untuk digunakan ketika berurusan tanpa kehadiran sebuah kalkulator saintifik.
Untuk mengetahui anggaran masa yang diperlukan bagi menggandakan wang pelaburan dengan menggunakan kaedah ini, nombor 72 perlu dibahagikan dengan purata peratus pulangan tahunan pelaburan tersebut.
Contohnya, sekiranya purata peratus pulangan tahunan ialah 8%, maka 72 dibahagikan dengan 8 akan mendapat jawapan 9. Ini bererti, sekiranya kita melaburkan wang kita sebanyak RM2500, dengan membiarkan wang pelaburan tersebut tanpa berbuat apa-apa, ianya akan menjadi RM5000 dalam masa 9 tahun!
Labels: Wealth Accumulation
0 comments:
Post a Comment