Saya pasti ramai orang pernah mendengar perkataan INFLASI. Tapi tahukah anda tentang impak inflasi terhadap susut nilai wang yang kita miliki? Contoh yang paling mudah ialah dengan memikirkan apakah nilai RM10 ketika 20 tahun yang lalu, sekarang dan di masa akan datang?
20 tahun yang lalu, RM10 mungkin sudah mencukupi untuk anda bersarapan pagi dan makan tengah hari. Tetapi sekarang, RM10 mungkin hanya cukup untuk anda makan tengah hari sahaja! Bagaimana pula dengan nilai RM10 di masa akan datang?
Dengan menggunakan kaedah Rule of 72, kita juga boleh membuat anggaran nilai wang kita di masa akan datang. Dengan menggunakan kaedah ini, kita dapat menganggarkan jumlah tahun yang diperlukan untuk wang yang kita miliki menyusut nilainya menjadi separuh.
Contohnya, sekiranya purata peratusan inflasi ialah 4% setahun, bahagikan 72 dengan 4, maka jawapannya ialah 18. Ini bererti, sekiranya sekarang kita memiliki RM50,000 , 18 tahun daripada sekarang nilai RM50,000 tersebut akan sama dengan nilai RM25,000 sekarang!
Salah satu kaedah untuk mengatasi masalah susut nilai wang akibat inflasi ialah dengan melaburkan wang kita, dan memastikan purata peratusan keuntungan pelaburan tersebut melebihi purata peratusan inflasi.
Labels: Wealth Accumulation
0 comments:
Post a Comment